Thursday, December 23, 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...

I'm still alive. 2011 will come and left 2010 with a memorable memoirs. Hope there is some improvement and good news. May Allah give me strenght and a clean bill of health to undergo all tests whether big or small.

Amin.

--------------

Sunday, August 1, 2010

Khidmat pesanan ringkas Aku - Pak Su..

Aku: Salam. Pak Su ada di rumah tak? Ingat nak lepak jap @ 8.24pm.

Selang beberapa jam kemudian.

Pak Su: Mai la bilik 2033, pulau perhentian, tgganu. Pk su suma kt sini @ 10.53pm.

Aku: Orite. Tggu private jet saya sampai dari L.A jap @ 10.53pm.

Selang beberapa minit kemudian.

Pak Su: Cehh..@ 11.01pm.


-------------

Wednesday, July 28, 2010

Jamban dalam kenangan..


Teringat lagi masa di kampung dulu-dulu,
bila nak buang air besar jadi satu masalah bagi aku...
lebih-lebih lagi tengah malam....
pernah satu ketika,
selipar aku jatuh ke dalam lubang dan betul-betul 'landing'
atas 'tuuut' yang ada..!! haha
Gambar ni aku ambil masa raya 2009...
Jamban milik jiran arwah atok aku di Parit 6, Sungai Manik..
Dah terbiar pun..


------------

Sunday, July 25, 2010

Penat...

Hari Jumaat baru ni, aku balik dari pejabat lebih kurang dalam pukul 9 malam. Banyak sangat perkara yang aku fikirkan dalam benak kepala. Berkepal-kepal. Kalau ais kepal sedap jugaklah, tapi yang ni tak sedap. Langsung-langsung.

Dalam perjalanan merentasi lebuhraya SPRINT terdetik hati untuk aku menurut kata perut yang leper umpama papan karom riuh bergeser dengan "striker" yang kesat tidak ditabur bedak. Aku memandu menuju ke Dunkin Donuts pandu lalu yang terletak di pinggir lebuhraya bersebelahan Petronas lantas memesan "Chicken Mayo". 1 untuk aku 1 untuk si dia di rumah.

Kebiasaannya aku akan berhenti terlebih dahulu di mana-mana parkir di situ untuk makan. Tapi kali ini aku membuat keputusan untuk makan sambil memandu. Aku meneruskan perjalanan. Makin ligat kepala aku berfikir, makin lahap aku mengunyah "Chicken Mayo" sambil memikirkan kepal-kepal perkara satu persatu.

Trafik agak perlahan dari Kerinchi Link menuju susur keluar ke lebuhraya Persekutuan. Agak "stress" juga bila mimikirkan banyak perkara dalam satu masa ditambah pula dengan ketiadaan hiburan disebabkan kerosakan "amplifier" radio. Kesunyian cukup menyeksakan.

Tumpuan aku kadang-kadang terarah pada gelagat pemanduan warga kota. Ada masanya aku tertawa melihatnya dan ada masanya aku agak berang dengan sikap mereka (Begitulah sebaliknya, aku tidak terkecuali). Namun itulah rutin harian bagi aku pergi-balik pejabat. Kesesakan lalu lintas.

Aku cuba abaikan setiap perkara yang merunsingkan kepala. Makin meruncing jika difikirkan lama-lama. Aku tumpukan pada pemanduan. Lebih kurang 200 meter aku tetapkan lorong untuk melepasi plaza tol. Tiba giliran,aku terus hulurkan tangan pada penjaga tol untuk pembayaran. Namun tiada reaksi.

Aku terdiam. Sambil terkebil-kebil melihat wajah kosong penjaga tol berkenaan."Aiseh, sorry kak..hehe" Aku terhulur "Smart TAG" rupanya. Hanya sengihan sumbang yang mampu aku beri. Selesai pembayaran aku terus memecut laju meninggalkan plaza tol bersama-sama kepal-kepal perkara yang memenatkan kepala.


--------------

Saturday, July 24, 2010

Jurufoto Bidan Terjun....




Tak pasal-pasal aku jadi jurufoto untuk majlis pertunangan sepupu aku...
Nasib baik ada bawa kamera...
Jadilah jurufoto bidan terjun...
Nasib baik tak terjunam disebab kan badan tak berapa nak sihat...kena demam selesema beb..Habis penuh lendiran mukus pada panel LCD kamera aku...hehe
Kepada sepupu aku, selamat bertunang....
Achoommmmm.....Alhamdulillahhhh...

----------

Thursday, July 22, 2010

Palsu.

Jaga-jaga, sekarang pun dah ada "tax refund" yang konon nya dari LHDN melalui e-mail.
Macam-macam lah taktik menipu untuk melebuh duit orang ramai sekarang ni. Baru aku tau. Ke aku yang tak update..?? Huhu.

Tuesday, July 20, 2010

Pancit.

Di rumah.
Ipar: Tayar kereta dah botak, patut kena tukar.
Aku: Ok.

Di kedai tayar.
Mekanik: Bos, itu tayar Michelin lagi bagus. Banyak lembut.
Aku: Ok.

Dalam perjalanan balik.
Tayar baru aku pancit. Langgar skru.

Aku: Ceh!!Masa belum tukar tak nak pulak pancit...

---------

Saturday, July 17, 2010

Kenang-kenangan...

Terkenang masa dulu-dulu..
Arwah abah dengan mak aku masing-masing ada basikal..
Mak warna biru cap "Yokohama"..
Arwah abah warna merah cap "Apache"..
Dapat kat aku..terus jadi warna warni..bertuah punya anak!!


------------

Friday, July 16, 2010

Saman

aku cek saman online..
ada 3 saman..
total RM750..
tahun 2008 dua, satu lagi tahun 2006..
bila masa pulak??
adoi laaa...

---------

Thursday, July 15, 2010

Piala Dunia..

set jam pukul 2am..
nak tengok bola..
siap biar tv terbuka..
bila "timer" berbunyi..
aku bangun..
tapi..
tutup tv...

------------

Lewat.

Sampai-sampai rumah dah pukul 9pm..
wah rajin nya aku..
tapi..
masuk ofis pukul 10am..


----------------

Tuesday, July 6, 2010

aku macam dulu jua.

malas nak update
bolg..
bog..
blg..
bogl..
BLOG..
entah apa2 nak taip pon typo..
owh aku macam dulu jua..

-----------

Tuesday, March 30, 2010

Sesi Pergi Keluar- Atiqah


Aku nak merasa sangat bagaimana menjadi jurufoto untuk model. Jadi aku pon turut serta bersama rakan-rakan sama ada yang berpengalaman dan tidak. Tapi memang susah walaupun ada asas. Terkial-kial nak dapatkan sudut, tona, pengcahayaan yang sesuai. Keupayaan untuk berinteraksi dengan peragawati pon penting. Untuk pengalaman ini, keseronokan aku nilaikan sebanyak 9/10 manakala teknik 5/10. Banyak lagi yang perlu aku kena pelajari.


-------------------------

Pengalaman Pertama Menjadi Jurufoto Perkahwinan.


Baru aku tau bukan senang rupanya nak jadi SEORANG jurufoto perkahwinan nih.
Terkial-kial berlari-lari kesana kemari.
Makan minum entah kemana.
Penetapan kamera pulak terbabas sampai ke Laut Cina Selatan.
Jadilah hasil yang tak seberapa.
Gaya je lebih entah terhapa-hapa.
Tapi tak mengapa, pengalaman itu penting bak orang kata..
Wahahaha..


----------------

Dah lama tak kemaskinikan blog..

Lama betol aku tak mengemaskinikan blog ni.
Nasib baik aku masih ingat lagi kata laluan nya.
Ternyata aku masih terlalu muda untuk menjadi seorang pelupa.
Wahaha...


-------------------

Tuesday, February 23, 2010

Walimatulurus..


Akhirnya sampai seru juga adik aku sorang ni. Alhamdulillah.

Thursday, January 21, 2010

Owh..Rindunya Aku..!!!



Aku masih rindukan bidang fotografi.
Walaupun pernah berniat nak "gantung" kamera. Haha..


-------------

(Spazz..)

Tragedi Asam Jawa & Kaya.


Ternyata Asam Jawa bukan tandingan kepada Kaya untuk dijamah bersama roti.
Awas, sila jarak dan asingkan!!!!
(Cukup sekali aku dah terkena...)

--------------

(Sigh)

Friday, January 15, 2010

Kunci Oh Kunci 2: Tragedi Antara Pintu & Gril,


Aku terkurung di rumah lagi.
Tapi kali ni lebih dahsyat.
Antara ruang pintu & gril.
Sambil bersila tunggu si isteri pulang nak serahkan kunci.
Bila dah sampai, si isteri pulak gelakkan aku yang teraniaya angkara kesilapan bodoh aku sendiri. Padan muka aku.
Apa-apa pun terima kasih sayang.

-----------

(sigh)

Wednesday, January 13, 2010

Mari Menge " Tart "


Aku cukup teruja "tengok" hasil kerja si isteri... :)

Monday, January 11, 2010

Selamat Tinggal Tahun 2009.


Selamat Datang Tahun 2010.