Sunday, November 29, 2009

Perhimpunan Keluarga Hari Raya Aidil Adha 2009..


Perhimpunan Keluarga Haji Abdul Razak Tariff 2009. Perhimpunan ini sempena menyambut majlis Qurban dan juga kenduri kesyukuran serta doa selamat untuk anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. Tahniah.

Friday, November 27, 2009

Big Bad Wolf Books Fair II

Ipar ajak aku pergi sekali lagi..
Konon-konon nak tengok aje..

---------

Akhirnya aku terjebak...

---------

Takpe, bulan ni kita makan:

"Asam Pedas "Hard Cover"..
"Masak Lemak Novel Cili Api.."
"Paprik Buku.."
"Steambook.."

Oklah tu..!! Kan..kan..kan..

----------

Spazz....

Thursday, November 26, 2009

Big Bad Wolf Books Fair.

Well there, Big Bad Wolf Books fair strikes again.
A heaven for bookworms dying for.
I was enjoyed with 2 'hard' hours picking up the books without any mercy.
But, it worth more then the price that I've paid.
Only word " WORTH IT".
Again, some collection was not in my list.
Guest what, I've broke my pocketbook badly...Hehe!!




(Sigh)

Thursday, November 12, 2009

Terbengkalai...


Aku pun tak tahu sampai bila projek ni nak habis. Alahai.

(Sigh)

Tuesday, November 10, 2009

E'eh..

Lepas balik kerja, aku pergi gunting rambut.
Rimas sangat la kepala.
Muka pun dah berjambang bagai.
Suruh la ane tu trim sana sini.
Bila dah selesai, belek-belek, baru aku perasan.
E'eh, makin botak rupanya aku.
Sambil memegang kepala tak sudah-sudah.
Cisss..!!

(Sigh)

Monday, November 9, 2009

Kunci Oh Kunci

Macam biasalah, aku selalu pergi kerja lewat banyak dari isteri.
Kena satu hari tu, aku tertinggal kunci dalam kereta.
Elok-elok je nak keluar rumah. Baru sedar kunci tak ada.
Lepas pesan kat pejabat yang aku masuk lambat hari tu.
Aku sms isteri pulak. Tengahari waktu makan dia sampai.
Aku tersengih-sengih depan gril. Macam 'smiley icon'.
Alahai, kunci oh kunci.

Spaz...

Sunday, November 8, 2009

Roadblock, Evo & Usin Bolt..

Aku memandu pulang ke rumah. Dalam beberapa meter lebih selepas itu, aku memperlahankan pemanduan. Ada deretan kereta di hadapan. "Ah, roadblock lagi ". Mata aku tajam memeriksa tarikh luput cukai jalan kenderaan. " Haha... lambat lagi". Lagi pun tak kuasa aku nak buang masa ke Bukit Aman.

Giliran aku hampir tiba. Pihak Polis sedang membuat pemeriksaan pada kenderaan di hadapan. Sebuah teksi. Lama juga. Tiba-tiba seorang lelaki kulit hitam meluru keluar dari teksi berkenaan. Terus lari. Laju pulak tu. Secara ukuran kasar adalah dalam 6 kaki lebih tingginya.

Aku nampak ada dua orang Polis cuba mengejar. Ketinggian masing-masing adalah dalam 5 kaki lebih. Terkial-kial dengan submachine gun. Alahai. Dalam hati aku, patutlah Polis dah guna Mitsubishi Evo sekarang, rupa-rupanya nak kejar "Usin Bolt". Eh, ada kena mengenakah? Suka suki aku je.


Spazzz...

Thursday, November 5, 2009

Jatuh...

Aku jatuh tangga pejabat.
Sakit...
Mujur aku pakai topi keledar..
Lain kali aku akan pakai lagi bila turun naik tangga pejabat.
Err tapi wajarkah.???

(Sigh)

Sampai Bila...??

Aku pernah buat blog dulu.
Tapi aku dah lupuskan.
Sebab tak ada masa.
Sekarang aku buat blog baru.
Hmm tapi sampai bila???
Ada masakah aku??

(Sigh)

Perah...

Di pejabat:

Terdengar ada suara sumbang.
"Kat rumah takde mesin basuh ke..?"
Aku terus memerah baju aku yang kebasahan di tandas pejabat sambil menahan geram.
Aku terperangkap dalam hujan semasa pulang dari rumah ekoran kejadian "Periuk Kaca Isinya Hampa.."

Spaz....

Periuk Kaca Isinya Hampa...

Di rumah:

"Abang, sayang tengah panaskan lauk nanti jangan lupa tutup api".
"Ok, nanti abang tutup..." Sambil angguk-angguk faham.

...........

Di pejabat:

"Lunch nanti kau nak makan apa?" "Aku nak balik maaa.."
Alamak..!!!
Aku terus bergegas pulang ke rumah dengan lutut yang penuh gigil.
Terbayang-bayang di fikiran akan sepasukan ahli bomba sedang bertungkus lumus memadamkan api.
Wajah-wajah penghuni yang panik. Wajah isteri. Harta benda aku.
"Oh tuhan, lindungilah kami semua"

...........

Di perkarangan rumah:

Ah, tiada sepasukan ahli bomba. Tiada penghuni-penghuni yang sedang panik.
Aku terus menerjah ke lif. Sampai di depan rumah. Bau hangit kuat menusuk hidung sampai ke tulang. Aku buka pintu, masuk dan terus meluru ke dapur.
Tiada api. Tiada asap.
Tapi inilah hasilnya:



Periuk kaca isinya hampa...

Spaz...........

Ekau No Money...

Terbuntang bijik mata aku melihat satu kelibat kereta yang melintas.
"Wow...."
"Prooot, proot" aku memulas pemulas minyak motor.
Agak semput-semput.
Ternyata aku sedang berpijak di bumi yang nyata.
Hakikatnya "Ekau No Money"
Lantas aku meneruskan perjalanan.
Harapan dan tanggungjawab yang menggunung dipikul bersama.
Setibanya di pejabat, aku tertunduk malu.
Rupanya bos dah sampai dahulu.
Cis, aku kelewatan lagi.

Spaz......