Wednesday, July 28, 2010

Jamban dalam kenangan..


Teringat lagi masa di kampung dulu-dulu,
bila nak buang air besar jadi satu masalah bagi aku...
lebih-lebih lagi tengah malam....
pernah satu ketika,
selipar aku jatuh ke dalam lubang dan betul-betul 'landing'
atas 'tuuut' yang ada..!! haha
Gambar ni aku ambil masa raya 2009...
Jamban milik jiran arwah atok aku di Parit 6, Sungai Manik..
Dah terbiar pun..


------------

Sunday, July 25, 2010

Penat...

Hari Jumaat baru ni, aku balik dari pejabat lebih kurang dalam pukul 9 malam. Banyak sangat perkara yang aku fikirkan dalam benak kepala. Berkepal-kepal. Kalau ais kepal sedap jugaklah, tapi yang ni tak sedap. Langsung-langsung.

Dalam perjalanan merentasi lebuhraya SPRINT terdetik hati untuk aku menurut kata perut yang leper umpama papan karom riuh bergeser dengan "striker" yang kesat tidak ditabur bedak. Aku memandu menuju ke Dunkin Donuts pandu lalu yang terletak di pinggir lebuhraya bersebelahan Petronas lantas memesan "Chicken Mayo". 1 untuk aku 1 untuk si dia di rumah.

Kebiasaannya aku akan berhenti terlebih dahulu di mana-mana parkir di situ untuk makan. Tapi kali ini aku membuat keputusan untuk makan sambil memandu. Aku meneruskan perjalanan. Makin ligat kepala aku berfikir, makin lahap aku mengunyah "Chicken Mayo" sambil memikirkan kepal-kepal perkara satu persatu.

Trafik agak perlahan dari Kerinchi Link menuju susur keluar ke lebuhraya Persekutuan. Agak "stress" juga bila mimikirkan banyak perkara dalam satu masa ditambah pula dengan ketiadaan hiburan disebabkan kerosakan "amplifier" radio. Kesunyian cukup menyeksakan.

Tumpuan aku kadang-kadang terarah pada gelagat pemanduan warga kota. Ada masanya aku tertawa melihatnya dan ada masanya aku agak berang dengan sikap mereka (Begitulah sebaliknya, aku tidak terkecuali). Namun itulah rutin harian bagi aku pergi-balik pejabat. Kesesakan lalu lintas.

Aku cuba abaikan setiap perkara yang merunsingkan kepala. Makin meruncing jika difikirkan lama-lama. Aku tumpukan pada pemanduan. Lebih kurang 200 meter aku tetapkan lorong untuk melepasi plaza tol. Tiba giliran,aku terus hulurkan tangan pada penjaga tol untuk pembayaran. Namun tiada reaksi.

Aku terdiam. Sambil terkebil-kebil melihat wajah kosong penjaga tol berkenaan."Aiseh, sorry kak..hehe" Aku terhulur "Smart TAG" rupanya. Hanya sengihan sumbang yang mampu aku beri. Selesai pembayaran aku terus memecut laju meninggalkan plaza tol bersama-sama kepal-kepal perkara yang memenatkan kepala.


--------------

Saturday, July 24, 2010

Jurufoto Bidan Terjun....




Tak pasal-pasal aku jadi jurufoto untuk majlis pertunangan sepupu aku...
Nasib baik ada bawa kamera...
Jadilah jurufoto bidan terjun...
Nasib baik tak terjunam disebab kan badan tak berapa nak sihat...kena demam selesema beb..Habis penuh lendiran mukus pada panel LCD kamera aku...hehe
Kepada sepupu aku, selamat bertunang....
Achoommmmm.....Alhamdulillahhhh...

----------

Thursday, July 22, 2010

Palsu.

Jaga-jaga, sekarang pun dah ada "tax refund" yang konon nya dari LHDN melalui e-mail.
Macam-macam lah taktik menipu untuk melebuh duit orang ramai sekarang ni. Baru aku tau. Ke aku yang tak update..?? Huhu.

Tuesday, July 20, 2010

Pancit.

Di rumah.
Ipar: Tayar kereta dah botak, patut kena tukar.
Aku: Ok.

Di kedai tayar.
Mekanik: Bos, itu tayar Michelin lagi bagus. Banyak lembut.
Aku: Ok.

Dalam perjalanan balik.
Tayar baru aku pancit. Langgar skru.

Aku: Ceh!!Masa belum tukar tak nak pulak pancit...

---------

Saturday, July 17, 2010

Kenang-kenangan...

Terkenang masa dulu-dulu..
Arwah abah dengan mak aku masing-masing ada basikal..
Mak warna biru cap "Yokohama"..
Arwah abah warna merah cap "Apache"..
Dapat kat aku..terus jadi warna warni..bertuah punya anak!!


------------

Friday, July 16, 2010

Saman

aku cek saman online..
ada 3 saman..
total RM750..
tahun 2008 dua, satu lagi tahun 2006..
bila masa pulak??
adoi laaa...

---------

Thursday, July 15, 2010

Piala Dunia..

set jam pukul 2am..
nak tengok bola..
siap biar tv terbuka..
bila "timer" berbunyi..
aku bangun..
tapi..
tutup tv...

------------

Lewat.

Sampai-sampai rumah dah pukul 9pm..
wah rajin nya aku..
tapi..
masuk ofis pukul 10am..


----------------

Tuesday, July 6, 2010

aku macam dulu jua.

malas nak update
bolg..
bog..
blg..
bogl..
BLOG..
entah apa2 nak taip pon typo..
owh aku macam dulu jua..

-----------