Sunday, November 8, 2009

Roadblock, Evo & Usin Bolt..

Aku memandu pulang ke rumah. Dalam beberapa meter lebih selepas itu, aku memperlahankan pemanduan. Ada deretan kereta di hadapan. "Ah, roadblock lagi ". Mata aku tajam memeriksa tarikh luput cukai jalan kenderaan. " Haha... lambat lagi". Lagi pun tak kuasa aku nak buang masa ke Bukit Aman.

Giliran aku hampir tiba. Pihak Polis sedang membuat pemeriksaan pada kenderaan di hadapan. Sebuah teksi. Lama juga. Tiba-tiba seorang lelaki kulit hitam meluru keluar dari teksi berkenaan. Terus lari. Laju pulak tu. Secara ukuran kasar adalah dalam 6 kaki lebih tingginya.

Aku nampak ada dua orang Polis cuba mengejar. Ketinggian masing-masing adalah dalam 5 kaki lebih. Terkial-kial dengan submachine gun. Alahai. Dalam hati aku, patutlah Polis dah guna Mitsubishi Evo sekarang, rupa-rupanya nak kejar "Usin Bolt". Eh, ada kena mengenakah? Suka suki aku je.


Spazzz...

2 comments:

  1. mamat kulit hitam tu yg suke hati, dpt juga dia berangan jadi usin bolt... hahaha

    ReplyDelete
  2. aspirez: tapi memang laju betul pak hitam 2 lari..ekeke..

    ReplyDelete